Projek naik taraf Depot Imigresen Lenggeng siap tahun ini

Projek naik taraf Depot Imigresen Lenggeng siap tahun ini

KENNITH TAN AI KIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Projek menaik taraf Depot Tahanan Imigresen Lenggeng di sini yang bermula sejak 2021 dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada tahun ini. 

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan,  Kennith Tan Ai Kiang berkata, projek naik taraf depot tersebut membabitkan penambahan blok baharu bagi menempatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) wanita. 

“Penambahan blok baharu tersebut juga akan dilengkapi fasiliti lain termasuk untuk kanak-kanak dan dapat memuatkan kapasiti sehingga 250 orang. 

“Selain itu, projek naik taraf itu juga melibatkan perobohan bangunan lama dan akan dibina pejabat, kuarters baharu kerana dahulunya bangunan itu adalah kayu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan di sini semalam.

Projek menaik taraf Depot Tahanan Imigresen Lenggeng menelan belanja lebih RM50 juta bertujuan menambah kemudahan dan fasiliti termasuk meningkatkan kapasiti PATI daripada 1,000 ketika ini kepada 1,250 orang pada satu-satu masa kelak.

Kennith Tan berkata, apabila siapnya projek naik taraf tersebut, depot berkenaan akan mampu memuatkan jumlah kapasiti Pati sehingga 1,250 orang dalam satu-satu masa berbanding 1,000 orang ketika ini. 

Dalam pada itu, beliau menafikan dakwaan berlaku kesesakan di Depot Imigresen Lenggeng seperti mana yang dilaporkan sebelum ini. 

“Perkara itu tidak betul. Keadaan sesak dahulunya berlaku adalah ketika pandemik Covid-19 kerana kita mengalami kesukaran untuk menghantar pulang PATI ke negara asal mereka menjadikan berlakunya kesesakan tersebut memandangkan pintu sempadan ditutup,” katanya.

Jelasnya, ketika ini setiap minggu jumlah penghantaran pulang PATI ke negara asal sama sahaja dengan bilangan kemasukan masuk PATI  iaitu dalam sekitar 700 orang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya