PRK Ayer Kuning: Tunjuk keharmonian politik demi kestabilan

PRK Ayer Kuning: Tunjuk keharmonian politik demi kestabilan negara

Amirudin Shari (tiga dari kanan) dalam Majlis Makan Malam Perpaduan Perak sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning di Kampung Baharu Coldstream, Bidor, Tapah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menjadi contoh bagaimana majoriti pemimpin politik negara mampu duduk semeja dalam suasana harmoni demi kestabilan negara.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, semangat itu jelas apabila pemimpin pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan hadir bersama pada Majlis Makan Malam Perpaduan Perak sempena PRK berkenaan.

Antara yang hadir ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

“Ini membuktikan bahawa kita boleh berganding bahu demi kestabilan, kemajuan dan keamanan negara,” katanya.

Beliau turut menyeru pengundi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), Dr. Mohamad Yusri Bakir demi memastikan kestabilan kerajaan negeri dan Persekutuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya