PRK Ayer Kuning: SPR sasar undi awal cecah 100 peratus - Utusan Malaysia

PRK Ayer Kuning: SPR sasar undi awal cecah 100 peratus

RAMLAN Harun (tengah) dalam sidang akhbar mengenai pengundian awal PRK Ayer Kuning di pusat mengundi Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 PGA Bidor hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning hari ini boleh mencecah 100 peratus.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, sehingga pukul 9 pagi ini, kira-kira 22.8 peratus anggota polis dan pasangan telah pun menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Malah katanya, 24 warga polis yang didaftarkan di pusat pengundian di Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah juga telah selesai membuang undi.

“Seramai 500 pengundi awal direkodkan di mana 476 orang di Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor manakala 24 lagi di Kompleks Perumahan IPD Tapah

“Difahamkan, 24 pengundi telah melaksanakan tanggungjawab mereka di IPD Tapah dan di sini (PGA) kita jangka sekitar pukul 10.30 nanti akan selesai,” katanya dalam sidang akhbar di pusat mengundi di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 PGA Bidor, di sini hari ini.

Menurut beliau, SPR menerima 27 laporan berkaitan pelbagai kesalahan sepanjang proses pilihan raya kecil berlangsung bermula 12 April lalu.

Katanya, laporan tersebut bagaimanapun tidak melibatkan kes-kes serius dan semuanya telah diambil tindakan di mana empat laporan dalam tindakan pihak polis.

“Kita terima sebanyak 27 laporan di mana empat daripadanya merupakan laporan polis. Saya dimaklumkan ia melibatkan kes-kes kecil dan tidak serius,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya