PRK Ayer Kuning: Elak sentimen perkauman dalam kempen

PRK Ayer Kuning: Elak sentimen perkauman dalam kempen

AARON AGO DAGANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua pihak yang terlibat dalam dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang bermula 12 April ini dinasihatkan untuk mengelak menggunakan sentimen perkauman dalam kempen itu nanti.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, pilihan raya adalah ruang demokrasi yang harus dimanfaatkan secara bertanggungjawab dengan memelihara keharmonian dan perpaduan.

Beliau justeru berkata, setiap calon, penyokong dan pengundi hendaklah memastikan bahawa segala bentuk komunikasi termasuk di media sosial dan dalam pertemuan kempen adalah sopan, tidak berunsur kebencian dan tidak menyinggung mana-mana pihak. 

“Sebagai negara yang berbilang kaum, agama, dan budaya, adalah amat penting untuk kita menjaga tatasusila dalam percakapan sepanjang kempen ini selari dengan prinsip Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan serta nilai-nilai Madani.

“Kita perlu menghindari menyentuh perihal yang sensitif seperti agama, bangsa dan raja (3R) serta mengelakkan sebarang provokasi yang boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sebarang kenyataan atau tindakan yang berunsur provokasi, hasutan atau penghinaan terhadap mana-mana agama, kaum, atau individu yang boleh menggugat keharmonian negara adalah tidak boleh diterima dan akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak penguatkuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya