PRK Ayer Kuning: DAP sedia berkempen, sokong penuh calon Kerajaan Perpaduan - Utusan Malaysia

PRK Ayer Kuning: DAP sedia berkempen, sokong penuh calon Kerajaan Perpaduan

NGA Kor Ming (depan, lima dari kanan) pada Mesyuarat Jawatankuasa negeri DAP Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: DAP Perak sebulat suara menyokong penuh calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning. pada 26 April ini.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa negeri DAP hari ini.

Menurutnya, mesyuarat juga membuat keputusan menubuhkan Jawatankuasa Khas PRK Ayer Kuning yang diketuai oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee dan Ahli Exco kerajaan negeri Perak, A. Sivanesan.

Beliau berkata, mereka akan membantu menjayakan kempen calon Barisan Nasional (BN) yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan.

“DAP Perak juga akan menggerakkan seluruh jentera pilihan raya parti dan kesemua 18 ADUN telah diberi tanggungjawab menjaga Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing serta memberi kerjasama penuh kepada jentera BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan.

“Demi mengangkat darjat rakyat, adalah penting kawasan DUN Ayer Kuning mendapat perhatian dan sokongan kerajaan supaya pembangunan prasarana awam terus dapat dipertingkatkan demi kesejahteraan komuniti setempat,” katanya di sini hari ini.

Kor Ming berkata, ketika ekonomi dunia sedang dilanda krisis perang tarif yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump adalah mustahak seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh bersama kerajaan Madani supaya kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara terjamin. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya