PRK Ayer Kuning: Bawani cabar calon BN, PN isytihar harta - Utusan Malaysia

PRK Ayer Kuning: Bawani cabar calon BN, PN isytihar harta

BAWANI KS ketika sidang akhbar mengisytiharkan harta yang dimilikinya sempena PRK Ayer Kuning Tapah hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Bawani KS mengisytihar harta beliau sempena PRK tersebut.

Berikutan itu, Pengerusi PSM Perak itu mencabar dua calon lain PRK tersebut berbuat tindakan sama iaitu Dr. Mohamad Yusri Bakir (Barisan Nasional – BN) dan Abd. Muhaimin Malek (Perikatan Nasional – BN).

Dakwa beliau, tradisi itu sudah lama diterapkan PSM sejak 1999 setiap kali pilihan raya.

“Kita nak tonjolkan tidak mahu wakil rakyat rasuah. Bagaimana individu yang sebelum jadi wakil rakyat hanya guna satu kereta kemudian tiba-tiba guna kereta mewah.

“Itulah pentingnya PSM isytihar harta setiap tahun. Justeru, saya cabar calon Barisan Nasional (BN), Dr. Mohamad Yusri Bakir dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd. Muhaimin Malek berbuat perkara sama.

“Sekiranya selepas menang nanti, rakyat boleh lihat adakah harta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning baharu meningkat atau tidak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengisytiharkan aset bersih berdasarkan kiraan semasa sebanyak RM21,248 yang dipecahkan kepada tiga kategori iaitu harta, pendapatan dan perbelanjaan serta hutang.

“Bagi seksyen harta atau peralatan, Perodua Bezza 2019 RM27,000 dan telefon pintar Honor X9B RM1,499 berjumlah RM28,499.

“Untuk pendapatan dan perbelanjaan, wang tunai di tangan saya ada RM583 manakala wang simpanan keseluruhan dalam beberapa akaun bank sebanyak RM20,638.

“Selain itu, kategori hutang pinjaman kereta (RM13,139) dan pinjaman pendidikan (RM14,750) menjadikannya RM27,889. Tolak tambah jumlah bersih dianggarkan sebanyak RM21,248,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya