Prasarana, Hitachi Rail jalin kerjasama, latih 1,000 tenaga mahir industri rel

Prasarana, Hitachi Rail jalin kerjasama, latih 1,000 tenaga mahir industri rel

PRESIDEN Prasarana Malaysia Bhd, Mohd Azharuddin Mat Sah (dua dari kanan), dan Pengarah Urusan Urban Rail Siganalling Business Hitachi Rail, Ziad Rizk (dua dari kiri), pada Majlis Pertukaran Perjanjian Strategik antara Prasarana dan Hitachi, di Menara Prasarana, di sini hari ini. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) terus memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi program latihan berstruktur yang menyasarkan penyertaan 1,000 individu dalam tempoh lima tahun.

Program yang dijangka bermula pada suku keempat tahun ini akan melibatkan latihan dalam bidang Operasi Bas Elektrik, Penyelenggaraan Tren (Rolling Stock) dan Keselamatan Siber, selari dengan Dasar TVET Negara 2030.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd. Azharuddin Mat Sah berkata, menerusinya, peserta akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf di peringkat kebangsaan, sekali gus membuka laluan kepada peluang kerjaya berpendapatan tinggi dalam industri rel.

Tambah beliau, bagi memperkukuh pelaksanaan program tersebut, Prasarana memeterai kerjasama strategik bersama Hitachi Rail, syarikat antarabangsa yang telah menjadi rakan industri utama dalam pembangunan sistem rel Malaysia sejak 1998.

“Kerjasama ini penting dalam membina bakat tempatan yang mampu bersaing di peringkat global dan menyokong pembangunan masa depan industri rel.

“Seramai 29 pelajar telah memulakan latihan industri selama sembilan bulan di bawah kendalian Hitachi Rail, sebagai kumpulan pertama yang terlibat dalam program ini.

“Latihan tersebut akan merangkumi gabungan aspek teori, praktikal dan pensijilan industri dalam bidang operasi elektrik, penyelenggaraan tren serta keselamatan siber”, katanya pada majlis di Menara Prasarana, di sini hari ini

Pengarah Urusan Hitachi Rail bagi perniagaan urban rail signalling, Ziad Rizk menyifatkan program itu sebagai langkah strategik dalam memperkukuh kepakaran tempatan dan menyumbang kepada pertumbuhan industri rel Malaysia.

Beliau turut menegaskan komitmen Hitachi Rail untuk terus menyokong pembangunan bakat tempatan melalui peluasan program latihan ke peringkat serantau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya