PPS Masjid Putra Heights ditutup selepas 13 hari beroperasi

PPS Masjid Putra Heights ditutup selepas 13 hari beroperasi

KEADAAN terkini PPS Dewan Masjid Putra Heights selepas pengosongan dibuat hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights yang menempatkan semua mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Height pada 1 April lalu telah dikosongkan sepenuhnya, hari ini.

Penutupan PPS itu berikutan semua mangsa telah mendapat penginapan sementara baharu atau kembali ke kediaman masing-masing selepas kawasan perumahan mereka disahkan selamat oleh pasukan bomba.

Petugas PPS berkenaan memaklumkan, PPS itu ditutup sepenuhnya kira-kira pukul 2 petang hari ini.

“Penutupan penuh akan dilakukan selepas semua mangsa selesai dipindahkan dan tiada lagi keperluan untuk mengekalkan operasi,” katanya.

Pada 2 April lalu, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Mohd. Najwan Halimi berkata, usaha memindahkan mangsa perlu dilakukan segera kerana PPS tidak sesuai digunakan secara berterusan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Selangor memberi jaminan kerajaan negeri akan berbincang dengan pelbagai pihak untuk memindahkan mangsa-mangsa ke lokasi yang lebih selesa dan tersusun.

Terdahulu, mangsa letupan paip gas di sini menerima bantuan tunai, kenderaan, penginapan dan pembaharuan dokumen penting peribadi bagi memudahkan urusan mangsa.

Antaranya RM10,000 bagi rumah mangsa yang terjejas sepenuhnya, RM5,000 bagi separa terjejas dan RM2 juta daripada Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi membangun semula infrastruktur awam.

Selain itu, 200 buah kenderaan sebagai pinjaman oleh syarikat swasta serta 178 rumah disewakan secara percuma oleh Smart Sewa berjumlah 100 unit dan Airbnb sebanyak 78 unit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya