KANGAR: Polis menahan seorang wanita berusia 33 tahun dipercayai mendera anak kandungnya. Sebelum itu, polis menerima satu laporan sekitar pukul 12.12 tengah hari daripada seorang guru besar sebuah sekolah rendah sekitar Jitra, Kedah, yang memaklumkan mengenai keadaan kanak-kanak berusia 11 tahun itu. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pengadu dikatakan mengetahui mengenai kejadian itu selepas mangsa didapati lewat hadir ke sekolah pada hari Isnin lalu. “Hasil laporan pemeriksaan doktor dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini mendapati terdapat kesan luka di bahagian belakang badan, leher, kaki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya