Polis tahan 8,737 migran diseludup sindiket

Polis tahan 8,737 migran diseludup sindiket

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 8,737 migran ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dipercayai diseludup masuk dan keluar dari negara ini oleh sindiket pemerdagangan manusia dalam tempoh 26 bulan sejak 2023 hingga Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, jumlah terbabit membabitkan 1,136 kes sindiket pemerdaga­ngan manusia yang dilaporkan berlaku dalam tempoh sama.

Katanya, modus operandi aktiviti jenayah penyeludupan migran dikesan melalui laluan darat dan laut apabila mereka akan dikenakan sejumlah bayaran kepada ejen untuk me­nguruskan perjalanan dari negara asal ke negara destinasi atau sebaliknya.

“Sindiket penyeludupan ini menggunakan pelbagai taktik untuk mengelak dikesan pihak berkuasa, termasuk menyamar sebagai nelayan tempatan dan memanfaatkan kesibukan trafik di Selat Me­laka.

“Mereka juga menggunakan bot kecil untuk menghampiri kawasan pendaratan yang jauh dari pantai atau bandar yang dianggap jarang dipantau oleh pihak berkuasa.

“Sejak tahun 2023 sehingga kini sebanyak 12 sindiket te­lah ditumpaskan dan dituduh mengikut Akta Atipsom 2007 (Akta 670),” katanya di sini semalam.

Menurutnya, pelbagai ca­baran dihadapi PDRM bagi membanteras aktiviti pemer­dagangan manusia.

Jelasnya, ada mangsa diugut sindiket sehinggakan mereka takut untuk memberi kete­rangan menyebabkan siasatan berdepan kesukaran.

“Kesukaran dalam mengenal pasti mangsa akibat pemalsuan identiti dan penglibatan ejen pekerjaan palsu juga menjadi cabaran dalam membanteras kegiatan ini.

“Selain itu, PDRM turut menghadapi cabaran dalam kawalan sempadan yang luas dan sukar dipantau, terutama di laluan tikus di sempadan darat dan laut.

“Sindiket turut akan menggunakan dokumen palsu seperti pasport dan visa untuk menyeludup migran secara sah sebelum melanggar syarat visa,” katanya.

Razarudin berkata, PDRM juga menghadapi cabaran dalam kawalan sempadan yang luas dan sukar dipantau, ter­utama di laluan tikus di sempadan darat dan laut.

“Sistem perundangan antara negara juga menyukarkan tindakan penguatkuasaan lintas sempadan.

“Selain itu, kekurangan maklumat risikan dan kerja­sama antarabangsa yang terhad menyukarkan tindakan pantas terhadap sindiket,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya