Polis siasat video wanita marah, pukul anak di kedai dobi

Polis siasat video wanita marah, pukul anak di kedai dobi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Polis sedang menyiasat kes seorang wanita dipercayai seorang ibu yang memukul dan memarahi anak perempuannya di sebuah kedai dobi di daerah ini, minggu lalu.

Klip video rakaman kamera litar tertutup kejadian itu yang tular dalam laman sosial itu sejak Rabu lalu menunjukkan wanita tersebut turut menolak kepala dan badan kanak-kanak perempuan berkenaan. 

Menerusi rakaman video itu, kanak-kanak itu juga dilihat  dicubit di bahagian telinga dan beberapa anggota badan. Rakaman video itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu. 

“Bagaimanapun, kita akan melakukan siasatan terperinci berhubung kes ini dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya dapat memberi kerjasama kepada polis,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya