Polis siasat pemilik Facebook hina Agong

Polis siasat pemilik Facebook hina Agong

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap pemilik platform media sosial Facebook yang memuat naik berkaitan hantaran jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dilakukan selepas laporan berkaitan perkara itu dibuat pada pukul 8 pagi hari ini di Sarawak.

Kata beliau, pengadu memaklumkan telah terlihat tangkap layar terdapat gambar Sultan Ibrahim bersama Presiden China, Xi Jinping.

“Hantaran berkenaan telah dimuat naik oleh pemilik Facebook dikenali Cayson Goh dengan kata-kata jelik iaitu ketua negara kita yang terhormat tiba-tiba bertukar menjadi anjing liar di hadapan bos cina,diam-diam berdiri di sebelah bos cina. 

“Melayu adalah melayu. Jika mereka tidak dilatih,mereka tidak akan belajar dengan baik. Makan tulang,” kata hantaran itu.

Razarudin berkata, pemilik kepada akaun Facebook itu telah membuat laporan penafian mengenai hantaran tersebut

Kata beliau, pemilik Facebook yang juga lelaki warga tempatan itu telah menyedari satu akaun didaftarkan di atas nama Cayson Goh yang menggunakan gambarnya.

“Lelaki berkenaan menafikan Facebook tersebut miliknya dan mengesyaki terdapat orang lain telah menggunakan gambarnya untuk membuat akaun facebook.

“Laporan itu dibuat kerana bimbang dan takut perkara tidak diingini berlaku di kemudian hari,” jelasnya.

Razarudin berkata, semakan lanjut mendapati terdapat dua akaun Facebook yang didaftarkan atas nama Cayson Goh dan menggunakan gambar profile yang sama.

“Siasatan akan diteruskan setelah laporan analisis risikan media sosial daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diperolehi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya