Polis siasat isu video Ku Klux Klan

Polis siasat isu video Ku Klux Klan

NORHIZAM BAHAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Satu laporan polis telah dibuat berhubung video tular memaparkan sekumpulan individu dipercayai pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dengkil yang mengenakan jubah mirip Ku Klux Klan (KKK).

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, laporan itu dibuat seorang lelaki sekitar pukul 7.24 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Beliau berkata, laporan itu menyatakan terdapat satu video yang dikatakan berkaitan diskriminasi kaum ekoran video yang dimuat naik oleh salah seorang pelajar UiTM Dengkil itu.

“Video tersebut dipercayai hasil daripada tugasan pelajar UiTM bagi subjek ‘Contemporary Global and Legal Issues’ yang mana tugasan yang dibuat adalah berkaitan KKK.

“Dalam paparan video itu, terdapat lakonan semula apa yang berlaku suatu masa dahulu di mana orang kulit putih telah membunuh orang kulit hitam dan apabila tercetusnya KKK ini, maka satu undang-undang baru bagi menghalang diskriminasi kaum telah dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihaknya masih menyiasat kes itu dan menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh membawa kegusaran awam.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar yang memaparkan sekumpulan individu dipercayai pelajar UiTM Kampus Dengkil yang mengenakan jubah mirip KKK.

Sebelum ini, UiTM menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajarnya itu adalah sebagai sebahagian daripada tugasan akademik.

UiTM dalam satu kenyataan memaklumkan, ia adalah tugasan oleh pelajar Pusat Asasi UiTM bagi sesi pembentangan kursus `Contemporary Global and Legal Issues’ bertujuan menggalakkan pemikiran kritikal dan kesedaran pelajar terhadap isu-isu hak asasi manusia di peringkat antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya