PETALING JAYA: Pelakon lelaki yang didakwa terlibat dalam kes pukul kekasih hingga cedera di Ara Damansara di sini sudah dirakam percakapan malam tadi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, suspek lelaki itu sudah dipanggil merakam percakapannya malam tadi. Menurutnya, bagaimanapun suspek tidak ditahan dan dibebaskan selepas rakaman percakapan diambil. “Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. Media semalam melaporkan polis akan memanggil pelakon lelaki yang didakwa terbabit dalam kes pukul kekasih hingga cedera di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya