Polis Negeri Sembilan sahkan terima laporan pegawai kanan polis terlibat pemerasan

Polis Negeri Sembilan sahkan terima laporan pegawai kanan polis terlibat pemerasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis Kontinjen Negeri Sembilan mengesahkan menerima satu laporan mengenai kes pemerasan melibatkan pegawai kanan polis seperti sedang tular di media sosial.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kes berkenaan dilakukan oleh pegawai tersebut semasa bertugas di kontinjen ini.

“Kertas enkuiri polis (KEP) telah dibuka bagi siasatan awal. Setakat ini, tiga keterangan telah diambil untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki berusia 39 tahun membuat laporan di Balai Polis Rantau, 22 April lalu kira-kira pukul 7.38 malam membabitkan kejadian pemerasan pada lebih empat tahun lalu iaitu pada 28 Jun 2019.

Pengadu membuat laporan polis untuk mendapatkan semula wang tersebut daripada pegawai kanan polis itu setelah mengetahui pegawai tersebut tidak lagi bertugas di Negeri Sembilan.

Pengadu yang merupakan seorang peniaga lembu mendakwa semasa berada di rumahnya di Kampung Sagga, Rantau dia telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM50,000 kepada seorang lelaki yang kini berusia 50 tahun.

Lelaki tersebut dipercayai merupakan orang tengah kepada seorang pegawai polis ketika itu berpangkat Inspektor yang bertugas di Unit Siasatan Khas (D9) IPK Negeri Sembilan.

Wang tersebut sebagai jaminan supaya pengadu tidak dikenakan Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) atau POCA kerana pengadu pernah ditahan di bawah SOSMA pada 28 March 2018 dan 27 September 2018 atas kesalahan gangsterisme.

Setelah memberikan wang tersebut secara tunai, pengadu menganggap urusan tersebut telah selesai lalu telah berpindah ke Bandar Springhill, Port Dickskn bagi memulakan hidup baru.

Namun, pada 9 Ogos 2022, orang tengah tersebut telah datang ke rumah pengadu sekali lagi dan menyatakan pegawai tersebut memaklumkan nama pengadu telah naik sekali lagi atas sebab yang tidak dapat dipastikan lalu diminta membayar sebanyak RM50,000 supaya tidak ditangkap.

Oleh kerana bimbang, pengadu bersetuju namun hanya mampu membayar sebanyak RM30,000 secara tunai pada 11 Ogos 2022 dan serahan dibuat di Rantau serta Bandar Springhill.

Pegawai kanan itu juga telah mengugut pengadu jika pengadu mendedahkan hal ini kepada mana-mana pihak, pengadu akan ditembak.

Pengadu membuat laporan kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga serta mahukan kembali wang tersebut.

Hasil siasatan awal mendapati pegawai kanan yang kini bertugas di IPK lain itu mengakui kenal dengan pengadu namun hanya atas urusan tugas iaitu dalam mendapatkan maklumat risikan (source). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya