Polis nafi ada kematian dalam kebakaran letupan paip gas

Polis nafi ada kematian dalam kebakaran letupan paip gas

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menafikan terdapat kematian berlaku dalam insiden kebakaran akibat letupan saluran paip gas di Putra Heights dekat sini, seperti tersebar dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kematian seperti didakwa.

“Tidak betul, tiada laporan diterima,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sebelum ini, tular dalam media sosial mendakwa, seorang mangsa meninggal dunia semalam akibat melecur dalam kejadian terbabit.

Pengguna TikTok mendakwa, adik rakannya disahkan meninggal dunia dalam insiden berkenaan.

Sebelum ini, polis memaklumkan seramai 111 mangsa masih mendapatkan rawatan di beberapa hospital termasuk Hospital Serdang, Hospital Cyberjaya serta Hospital Putrajaya.

Bagi tahap kecederaan dialami mangsa yang berada di Zon Merah adalah seramai 13 orang, Zon Kuning (55) dan Zon Hijau (43).

Seramai 75 orang daripada 111 mangsa mendapat rawatan dan berada di Hospital Serdang, Cyberjaya dan Putrajaya manakala 36 lagi berada di lain-lain hospital termasuk Hospital Sungai Buloh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya