Polis masih tunggu laporan penuh perubatan abang belon

Polis masih tunggu laporan penuh perubatan abang belon

DATUK RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan penuh perubatan membabitkan peniaga belon, Muhammad Zaimudin yang didakwa terlibat insiden pergelutan antara penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 28 Mac lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, laporan awal perubatan diterima pihaknya mendapati ada keretakan berlaku.

“Namun, laporan penuh perubatan tidak siap lagi. Kita (polis) hanya ada laporan awal yang mendapati ada kecederaan pada bahagian tisu lembut kesan daripada pergelutan.

“Kita jangka, laporan penuh perubatan akan diperolehi dari Hospital Sultan Idris Shah Serdang dalam tempoh 30 hari ,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sementara itu, Rusdi memberitahu, satu lagi laporan polis telah dibuat oleh peniaga belon berkenaan kira-kira pukul 11.50 pagi semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.

Beliau berkata, laporan yang dibuat lelaki berkenaan adalah sama dengan siasatan dilakukan sebelum ini.

“Laporan polis yang dibuat lelaki itu mempunyai maklumat kejadian yang konsisten sama seperti keteranganya yang diambil sebelum ini.

“Jadi laporan polis itu kita akan klasifikasikan sebagai rujuk kepada laporan terdahulu atau ‘‘refer to other report’ yang dibuat oleh ibu kepada peniaga belon berkenaan,” katanya.

Semalam, pegawai perubatan swasta, Dr. Hafidz Rizal memaklumkan peniaga belon itu berisiko lumpuh ekoran kecederaan yang dihadapi pada tulang belakang. 

Lelaki itu yang dimasukkan ke hospital dari 2 Mac sehingga 4 April lalu didiagnos mengalami ‘compression fracture T12’ (saraf tulang belakang toraks). 

Perkara itu didedahkan menerusi nota discaj dan sijil cuti sakit selama 48 hari yang dikeluarkan oleh bahagian ortopedik Hospital Sultan Idris Hospital, Serdang. 

Dr. Hafidz berkata, lazimnya, pesakit yang mengalami kecederaan sedemikian juga berisiko untuk mengalami masalah inkontinen urin yang mana individu tidak dapat mengawal pundi kencing. 

Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan pergelutan antara seorang peniaga belon dan penguat kuasa DBKL dalam kejadian di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). 

Dalam kejadian sekitar pukul 11.30 malam itu, insiden tersebut dipercayai telah menyebabkan peniaga berkenaan mengalami kecederaan tulang belakang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya