Polis marin sita 280 set bubu naga di Pulau Pinang

Polis marin sita 280 set bubu naga di Pulau Pinang

PASUKAN Polis Marin menyita sebanyak 280 set bubu naga dalam op bersepadu Bersama Bahagian Konservasi dan Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Polis Marin menyita sebanyak 280 set bubu naga dalam op bersepadu Bersama Bahagian Konservasi dan Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Pulau Pinang di empat lokasi di negeri itu.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, operasi bermula pukul 8 pagi kelmarin hingga 3 petang semalam di Kawasan Sungai Udang, Batu Kawan dan Pantai Teluk Malas, Kuala Muda di Pulau Pinang.

Katanya, dalam operasi di Sungai Undang sebanyak 80 peralatan menangkap ikan tanpa lesen (bubu naga) dirampas manakala di jeti tidak bernombor di Batu Kawan sebanyak 80 unit bubu naga turut dirampas.

“Sementara itu, polis marin turut merampas 120 unit bubu naga dalam operasi di kawasan persisiran Pantai Teluk Malas, Kuala Muda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusley berkata, keseluruhan barangan yang dirampas bernilai RM28,000 diserah kepada Jabatan Perikanan Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.

Jelasnya, kes disiasat mengikut  Seksyen 11(3) Akta Perikanan 1985.

“Rampasan bubu naga ini adalah hasil aduan dan runggutan masyarakat nelayan di pesisir pantai yang tidak berpuas hati terhadap aktiviti itu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya