Polis kesan lelaki hilang di stesen MRT

Polis kesan lelaki hilang di stesen MRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki dilaporkan hilang oleh keluarganya di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Damai, Petaling Jaya di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Solehuddin Zolkifly berkata, lelaki terbabit dilihat kali terakhir berada di lokasi berkenaan pada pukul 5.15 petang pada hari kejadian. 

Kata beliau, laporan polis berhubung kehilangan lelaki tempatan berusia 44 tahun itu diterima pada pukul 10.11 malam hari yang sama. 

“Orang hilang (OH) adalah seorang lelaki berbangsa Cina bernama Voon Chuan Ling yang mempunyai ketinggian 173 sentimeter (sm) dengan berat badan dianggarkan 77 kilogram (kg). 

“Mangsa berkulit putih, berambut hitam lebat, hidung mancung, dan bibir nipis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

M Hussin berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di Talian 03-79662222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya