Polis buru lelaki lempar bom petrol - Utusan Malaysia

Polis buru lelaki lempar bom petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis sedang mengesan individu yang disyaki melakukan perbuatan khianat dengan melontar bom petrol atau ‘molotov cocktail’ di sebuah rumah di Kampung Rapat di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, lima laporan polis berhubung kejadian itu dibuat seorang wanita berusia 62 tahun antara 26 Mac hingga 4 April lalu.

Katanya, berdasarkan siasatan di lokasi kejadian mangsa memberitahu ada menerima ugutan melalui nota yang ditinggalkan di hadapan pagar rumah.

“Nota tersebut meminta mangsa membayar hutang dan bom petrol juga dibaling ke dalam kawasan rumahnya sebanyak lima kali.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan kebakaran pada pagar rumah, kawasan tempat letak kereta, pintu hadapan dan dinding,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, usaha giat dijalankan bagi mengesan suspek untuk siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan khianat dengan api.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintenden S. Dasarathan di talian 012-5644485,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya