Polis buru geng ragut naik Kawasaki RR

Polis buru geng ragut naik Kawasaki RR

TANGKAP layar rakaman CCTV membabitkan seorang wanita warga emas yang diragut oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan rumahnya di Taman Paya Dalam, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis sedang memburu dua lelaki bermotosikal yang disyaki terlibat dalam kes ragut melibatkan seorang wanita warga emas di hadapan rumahnya di Taman Paya Dalam di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.34 malam, mangsa berusia 55 tahun yang merupakan suri rumah cedera pada bahagian dada selepas rantai emas bernilai RM12,000 diragut dua suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, mangsa ketika itu sedang menunggu anaknya di hadapan rumah sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal Kawasaki RR berwarna biru.

“Salah seorang suspek yang memakai baju berlengan panjang dan bertopi keledar hitam telah menghampiri mangsa dan merentap rantai emas dipakainya. Mangsa cuba melawan namun suspek berjaya melarikan diri.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik mangsa dan turut disaksikan oleh saksi bebas di lokasi,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan semasa melakukan ragut.

Tambah Christopher, polis tidak menolak kemungkinan suspek terlibat dalam kejadian ragut yang hampir sama di Buloh Kasap, Johor baru-baru ini melibatkan seorang wanita yang turut cedera selepas rantainya diragut ketika beraya di Taman Astakajaya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya