PM ucap takziah pemergian Khurshid

PM ucap takziah pemergian Khurshid

Khurshid Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian tokoh ekonomi Prof. Khurshid Ahmad yang meninggal dunia semalam sebagai satu kehilangan besar kepada dunia Islam.

Perdana Menteri dalam kenyataan di Facebooknya berkata, Allahyarham bukan sekadar seorang ilmuwan sebaliknya arkitek kepada pemikiran Islam moden dan pengasas bersama The Islamic Foundation di United Kingdom (UK).

“Saya merakamkan ucapan takziah atas pemergian seorang tokoh ekonomi, pemikir ulung, dan aktivis iaitu Profesor Khurshid Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal soleh beliau, mengampunkan segala dosanya, melapangkan kuburnya, dan menempatkan beliau bersama para syuhada dan solihin. Kehilangan beliau adalah kehilangan besar buat dunia Islam seluruhnya serta legasi ilmunya akan terus menyinari generasi akan datang,” katanya hari ini.

Media antarabangsa hari ini melaporkan Khurshid Ahmad yang lahir pada 23 Mac 1932 di New Delhi, India, meninggal dunia pada usia 93 tahun di Leicester, United Kingdom, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya