PM mahu MoU Malaysia-China dilaksana segera

PM mahu MoU Malaysia-China dilaksana segera

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani sempena lawatan Presiden China, Xi Jinping baru-baru ini dilaksanakan dengan kadar segera.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dengan 31 MoU ditandatangani antara dua negara membabitkan pelbagai kementerian.

“Arahan daripada Perdana Menteri adalah semua MoU ini perlu segera dilaksanakan.

“Kabinet telah memutuskan bahawa Kementerian Luar akan menjadi kementerian yang akan menyelaras pelaksanaan bagi MoU yang ditandatangani itu,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Fahmi berkata, sebagai contoh, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook baru-baru ini telah memulakan perbincangan dengan China bagi mewujudkan ‘twin hub’ penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Wilayah Henan, China.

Katanya, ia adalah perkara yang telah menyaksikan perkembangan agak pantas dan beberapa pertemuan telah diadakan dalam masa beberapa hari kebelakangan ini.

Baru-baru ini, Anwar dan Jinping menyaksikan 31 MoU dan pertukaran nota melibatkan kementerian dan agensi kedua-dua negara antaranya MoU Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatnya, Wang Yi mengenai kerjasama dalam Inisiatif Keselamatan Global (GDI).

MoU lain termasuk pengecualian visa bagi pemegang pasport biasa dan urusan awam, meningkatkan kerjasama dalam perkhidmatan dan perdagangan serta menaik taraf ‘Two Countries, Twin Parks’ (Malaysia–China Kuantan Industrial Park dan China–Malaysia Qinzhou Industrial Park).

Sementara itu, Anthony pula menandatangani MoU dengan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing tentang pengukuhan kerjasama dalam sektor laluan rel.

Fahmi  pula menandatangani MoU dengan Presiden dan Ketua Pengarang China Media Group (CMG), Shen Hai berkaitan pengukuhan kerjasama dalam sektor media dan maklumat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya