PM bidas dakwaan Pulau Pinang ‘ditakluk’ agama Kristian

PM bidas dakwaan Pulau Pinang ‘ditakluk’ agama Kristian

ANWAR Ibrahim berucap semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) Petaling Jaya hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri mengecam tindakan segelintir pihak yang mendakwa penganut agama Kristian cuba untuk menguasai Pulau Pinang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan tersebut sengaja disebarkan di negeri tersebut bersama dengan tuduhan parti politik Cina merupakan ancaman kepada kerajaan.

Kata beliau, semua pihak perlu sedar bahawa setiap kaum di negara ini mempunyai kekuatan dan sisi kebaikannya yang tersendiri.

“(Sudah pasti) ada orang jahat di (setiap) kalangan masyarakat (sama ada) Cina, Melayu mahupun India. Jadi apa? Pilihlah dan ikuti yang baik, mewakili hati nurani dan nilai kita,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM), di sini.

Yang hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan bahawa penyebaran kebencian terhadap kaum lain boleh menyebabkan keharmonian Malaysia diduduki oleh pelbagai kaum musnah akan musnah.

“Kita akan gagal bukan disebabkan kita bersahabat dengan orang bukan Melayu tetapi kita akan gagal kerana kita membiarkan pemimpin yang terlibat dengan rasuah mewakili kita.

“Kita mesti bercakap dengan alasan, penghormatan dan tadbir urus yang baik serta melampaui kaum,” katanya.

Tambahnya, pada sesi dialog antara kaum dan etnik sangat penting bagi mendidik dan menggalakkan keadilan, toleransi serta pemahaman.

“Dialog ini sangat penting untuk kelangsungan hidup kita, kita mesti memahami dan menghargai antara satu sama lain.

“Selain itu, menyedari bahawa kita adalah, semata -mata, keindahannya adalah untuk menggalakkan pemahaman dan mengiktiraf martabat manusia yang melampaui kelas serta kaum,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya