PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan membawa cucunya ke pejabat beliau di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya bagi memberi gambaran mengenai tanggungjawab yang digalas sebagai pemimpin negara.
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkongsi detik itu selepas cucu-cucunya merungut kerana beliau jarang berada di rumah disebabkan komitmen kerja.
“Cucu merungut kenapa saya jarang di rumah. Mereka tak tau tugas untuk negara tidak mudah.
“Lantaran itu saya bawa mereka ke pejabat tengok saya bekerja,” katanya.-UTUSAN