Pilih pemimpin tidak hilang selepas menang

Pilih pemimpin tidak hilang selepas menang

MOHD. Azmawi Fikri Abdul Ghani beramah mesra dengan penduduk kampung yang hadir pada Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Tabika Kemas Sri Seroja di Kampung Bertam Baru, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kira-kira 14,000 pengundi muda berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning perlu memilih pemimpin yang sentiasa ada bersama rakyat supaya boleh bergantung harap dan ‘tidak hilang’ selepas menang.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani berharap pengundi muda dapat membuat keputusan bijak dengan memilih pemimpin daripada wakil kerajaan Pusat. 

Katanya, wakil rakyat daripada kerajaan Pusat lebih menguntungkan kerana boleh membawa banyak pembangunan kepada rakyat. 

“Kalau ingin pilih pemimpin kita perlu memilih yang boleh menumpang kasih dan bergantung harap agar kebajikan terbela.

“Saya yakin calon Barisan Nasional (BN), Dr. Mohamad Yusri Bakir dapat membela nasib rakyat dan membawa pembangunan di DUN Ayer Kuning,” katanya selepas menghadiri Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Sri Seroja di Kampung Bertam Baru.

Sementara itu, Mohd. Azmawi Fikri berkata, Pemuda UMNO Kelantan bersama barisan jentera UMNO Negeri sudah berkampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sejak bermula hari penamaan calon bagi membantu kempen calon BN dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning pada 26 April ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya