Petronas sahkan kebakaran saluran paip utama Putra Heights

Petronas sahkan kebakaran saluran paip utama Putra Heights

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas Gas Berhad (PGB) mengesahkan kebakaran yang berlaku di saluran paip utama PGB berhampiran Putra Heights, Puchong, Selangor pada pukul 8.10 pagi hari ini.

PGB dalam satu kenyataan memaklumkan, saluran paip yang terjejas diasingkan dan semua pihak berkepentingan yang berkaitan telah dimaklumkan.

“PGB bekerjasama rapat dengan semua pihak yang berkaitan untuk memastikan keselamatan masyarakat sekeliling, alam sekitar dan keselamatan bekalan gas kepada negara adalah keutamaan kami.

“Kami akan memberikan kemas kini dan maklumat tambahan dalam masa terdekat kerana siasatan masih dijalankan,” katanya hari ini.

Selain itu, PGB juga memaklumkan bahawa tiga stesen runcit Petronas (PS) di sekitar PS Putra Heights, PS KM2 LDP dan PS Putra Bestari tidak terjejas tetapi ditutup buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga.

“Pelanggan boleh menggunakan alternatif berikut untuk keperluan mengisi minyak mereka PS USJ 20, USJ 6 dan USJ 9,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN