Peruntukan Pembangkang: PN tunggu jawapan balas kerajaan

Peruntukan Pembangkang: PN tunggu jawapan balas kerajaan

TAKIYUDDIN Hassan (tengah) bersama isteri dan tetamu yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Bharu di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) mengesahkan pihaknya masih menunggu jawapan balas dari kerajaan berhubung isu peruntukan pembangkang selepas lebih sebulan surat dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ketua Whipnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, setakat ini PN masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara tersebut selepas membuat serahan secara ‘tangan’ ke pejabat Timbalan Perdana Menteri II itu.

“Ahli Parlimen di negeri-negeri yang ditadbir PN seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis ada menerima peruntukan daripada kerajaan negeri. Bagaimanapun jumlah yang diterima sangat kecil.

“Peruntukan itu disalurkan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk kawasan parlimen terlibat. Bagi Ahli Parlimen dari Selangor, Perak, Pahang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan yang bukan negeri ditadbir PN, mereka tiada peruntukkan.

“Kebanyakan Ahli Parlimen PN menggunakan duit poket sendiri untuk membantu rakyat di kawasan masing-masing. Pada masa sama, mereka terpaksa mencari sumbangan sendiri untuk kerja-kerja tersebut,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Bharu di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu memberitahu, beliau mahu Kerajaan Perpaduan dibawah teraju Pakatan Harapan mengotakan janji untuk menyalurkan peruntukan sama rata kepada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Katanya, hal ini kerana perkara tersebut termaktub dalam menifesto semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, PN akan menghantar surat kepada kerajaan minggu ini bagi membincangkan perkara berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya