Perpustakaan, bilik darjah musnah dilanda tanah runtuh

Perpustakaan, bilik darjah musnah dilanda tanah runtuh

DUAH buah kenderaan turut terjejas dalam kejadian kejadian tanah runtuh awal pagi tadi yang turut memusnahkan sebuah perpustakaan dan beberapa bilik darjah di sebuah sekolah antarabangsa di Lorong Datuk Sulaiman 2, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah perpustakaan dan beberapa bilik darjah di sebuah sekolah antarabangsa di Lorong Datuk Sulaiman 2, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) musnah dalam kejadian tanah runtuh awal pagi tadi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TTDI, Penguasa Bomba Kanan II Azkhan Hamdan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada pukul 7.18 pagi sebelum mengerahkan sepasukan 15 anggota dari BBP TTDI dan BBP Sri Hartamas ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati berlaku runtuhan tanah yang menyebabkan tembok dinding sekolah roboh dan menjejaskan beberapa struktur bangunan termasuk perpustakaan, bilik darjah, bilik guru dan tandas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan, dua buah kenderaan turut terjejas dalam kejadian itu, namun tiada mangsa dilaporkan cedera.

Pasukan bomba juga menjalankan penilaian awal keselamatan (size-up) bagi memastikan keadaan persekitaran selamat sebelum menyerahkan tindakan lanjut kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Operasi kawalan lokasi kejadian disempurnakan pada pukul 7.55 pagi, dan kawasan kini dalam pemantauan pihak berkuasa tempatan,” jelasnya.

Tambah beliau, kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak awal pagi yang menyebabkan berlaku pergerakan tanah di kawasan berhampiran sekolah tersebut.

Kejadian ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat yang menggesa agar sistem perparitan dan keselamatan lereng bukit di kawasan perumahan serta institusi pendidikan sekitar TTDI diperiksa secara menyeluruh bagi mengelakkan kejadian berulang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya