Periksa telefon, polis terkejut baca komunikasi berbaur lucah anaknya dengan lelaki

Periksa telefon, polis terkejut baca komunikasi berbaur lucah anaknya dengan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pegawai polis terkejut selepas membaca komunikasi berbaur lucah antara anak perempuannya berusia 14 tahun dengan seorang lelaki semasa memeriksa telefon remaja tersebut baru-baru ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff berkata, pegawai itu berbuat demikian selepas terkesan dengan pendedahan polis dibuat berkait dengan peningkatan kes jenayah seksual minggu lalu.

“Pegawai polis itu terpanggil untuk membuat semakan terhadap telefon anaknya, hasilnya dia terkejut selepas  menjumpai mesej tidak senonoh dengan lelaki.

“Dia terus membuat laporan berhubung kejadian yang melibatkan anaknya dan kita sedang menyiasat kes tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Konsortium E-Mutiara-Semesra Syawal di sini hari ini.

Mohd. Yusoff berkata, pendedahan yang dibuat sebelum ini bukan melibatkan isu politik, sebaliknya ia merupakan isu keselamatan yang wajar diambil berat.

Katanya, beliau lega apabila masyarakat mula sedar selepas mengenai jenayah seksual.

Terdahulu, Polis Kelantan mendedahkan kanak-kanak perempuan di Kelantan dikesan terlibat dengan sumbang mahram seawal usia 10 tahun berpandukan kepada laporan yang diterima.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, lebih membimbangkan kanak-kanak itu melakukan hubungan intim tersebut dengan sepupunya sendiri yang berusia 11 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya