Penyertaan bekas Ketua Wanita UMNO Perak perkuat jentera kempen PN

Penyertaan bekas Ketua Wanita UMNO Perak perkuat jentera kempen PN

IDRIS AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Keputusan bekas Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin menyertai Pas akan menguatkan jentera kempen Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, Wan Norashikin merupakan figura besar peringkat nasional dan negeri.

“Sudah tentulah sedikit sebanyak membantu kepada gerak kerja parti selain meningkatkan sokongan pengundi di Ayer Kuning,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha PN Perak, Nadziruddin Mohamed Bandi berkata, penyertaan Wan Norashikin dalam Pas memberikan mesej jelas ahli UMNO akar umbi UMNO menolak kerjasama UMNO dengan DAP dalam kerajaan hari ini.

“Sekiranya pimpinan UMNO berterusan dalam cubaan menghalalkan hubungan mereka bersama DAP, tidak mustahil semakin ramai akar umbi UMNO akan bersama dengan PN menjelang PRU-16.

“Bantahan terhadap kerjasama UMNO-DAP mungkin akan diterjemahkan pada PRK Ayer Kuning. Sokongan akar umbi UMNO kepada calon PN dalam PRK itu nanti sebagai tanda protes dan tidak restu kerjasama UMNO-DAP,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Wan Norashikin yang merupakan isteri kepada Setiausaha Pas Kawasan Tapah, Muhammad Noor Farid Zainal menyerahkan borang keahlian menyertai parti kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam Ceramah Mega PN sempena PRK Ayer Kuning di sini.

Wan Norashikin yang juga bekas Exco Pembangunan Wanita, Keluarga Kebajikan Masyarakat Negeri dan pernah tewas dalam pertandingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya