Penyelia kilang rugi RM130,000 `masuk jerat’ pelaburan palsu

Penyelia kilang rugi RM130,000 `masuk jerat’ pelaburan palsu

Raiz Mukhliz Azman Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang penyelia kilang kerugian RM130,000 akibat tertipu dengan skim pelaburan tidak wujud.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, wanita berusia 46 tahun itu memaklumkan, pada 15 April lalu dia telah dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram tentang pelaburan yang didakwa menguntungkan dan tertarik untuk menyertainya.

“Mangsa kemudian berurusan dengan seorang pentadbir pelaburan menerusi aplikasi WhatsApp dan diberikan penerangan untuk memilih pakej, jumlah modal dan pulangan pelaburan. 

“Mangsa telah memilih pakej dengan modal permulaan sebanyak RM5,000 dan membuat pemindahan wang pada hari berkenaan dengan pulangan keuntungan sebanyak RM225,000 dalam tempoh tiga hingga enam jam,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mangsa turut diberikan link laman sesawang untuk menyemak keuntungan dan mendapati pulangan pelaburan sebanyak RM225,000 telah dimasukkan seperti dijanjikan, namun diminta membayar caj perkhidmatan dan beberapa bayaran lain apabila ingin mengeluarkan keuntungan tersebut.

“Mangsa telah membuat tujuh kali transaksi ke beberapa akaun bank berbeza berjumlah RM125,000. Mangsa mula curiga dan berasa tertipu apabila gagal membuat pengeluaran wang modal serta keuntungan.

“Mangsa mengalami kerugian sebanyak RM130,000 yang merupakan wang simpanannya,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, dengan sebatan dan denda,  jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya