Penunggang motosikal maut ditimpa batu seberat 50 kg

Penunggang motosikal maut ditimpa batu seberat 50 kg

BATU seberat 50 kg yang dikatakan menimpa seorang lelaki warga Bangladesh sehingga menyebabkan mangsa terbunuh dalam kejadian yang berlaku di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang, Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas kepalanya ditimpa batu seberat 50 kilogram (kg) ketika sedang menunggang motosikal di Jalan Paya Terubong, di sini, Jumaat lalu.

Mangsa yang bekerja sebagai seorang buruh binaan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superitenden Lee Swee Sake, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.45 pagi ketika mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Bayan Lepas menghala ke Farlim, di sini.

Katanya, setiba di lokasi kejadian tiba-tiba satu objek besar iaitu batu yang dianggarkan seberat 50 kg telah terjatuh dari lereng bukit sebelum terkena kepala mangsa.

“Kesan daripada kejadian itu, mangsa kemudian terjatuh di atas jalan manakala motosikalnya pula mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan tepi sebelah kiri,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Swee Sake, ketika kejadian, keadaan jalan adalah berturap, basah serta gelap tetapi berlampu manakala laluan pula adalah berselekoh menuruni bukit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan ambulans pada pukul 1.14 pagi dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN