Penjenamaan semula PAT lebih segar, bertaraf antarabangsa

Penjenamaan semula PAT lebih segar, bertaraf antarabangsa

ABU Bakar Hamzah menjawab pertanyaan dibangkitkan Wan Zikri Afhtar Ishak (PN-Tambun Tulang) berhubung anggaran kerugian usahawan terkesan akibat PAT sebelum ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Selepas lebih sedekad penganjuran Pesta Angin Timur (PAT), kerajaan negeri berhasrat melakukan penjenamaan semula ke atas program ikonik Perlis itu dengan konsep lebih segar dan bertaraf antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Abu Bakar Hamzah berkata, penjenamaan dan penstrukturan semula PAT melibatkan pendekatan lebih inklusif, dinamik, produktif dan berpaksikan identiti negeri.

Katanya, langkah itu bertujuan memperkukuhkan daya tarikan program itu sebagai acara pelancongan negeri di samping memberi impak ekonomi dan sosial yang lebih meluas

“Penjenamaan semula ini meliputi pemilihan utama melibatkan tapak kekal yang mesra dengan acara-acara utama lain di negeri ini.

“Selain itu, penetapan tarikh acara juga perlu dimaklumkan lebih awal dan dilancarkan pada bulan Disember setiap tahun,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Abu Bakar menjawab pertanyaan dibangkitkan Wan Zikri Afhtar Ishak (PN-Tambun Tulang) berhubung anggaran kerugian usahawan terkesan akibat PAT sebelum ini.

Abu Bakar berkata, penganjuran PAT juga perlu diberi nafas baharu dengan mengangkat kepakaran anak jati negeri termasuk di luar Perlis.

“Penjenamaan yang lebih segar ini perlu merangkumi logo, tagline, bahan grafik dan cara pemasaran yang produktif,” katanya. 

Dalam pada itu, mengulas mengenai kejadian bencana sewaktu penganjuran PAT sebelum ini, Abu Bakar berkata, peniaga terjejas juga telah diberi bayaran saguhati berjumlah RM35,800.

Katanya, peniaga terjejas yang berdaftar dengan penganjur juga telah dipindah ke Kompleks DUN bagi meneruskan jualan seperti biasa.

“Untuk edisi akan datang, dicadangkan penganjuran PAT berpotensi dilaksanakan di Dataran Lok 9, Kuala Perlis, Kangar Jaya dan sekitar Kompleks DUN,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya