Penjawat awam perlu raih semula kepercayaan rakyat

Penjawat awam perlu raih semula kepercayaan rakyat

WAN Ahmad Dahlan Abdul Aziz (kiri) ketika merasmikan Program Bitara MADANI - Bicara Aspirasi H.E.M.A.T: Aspirasi Menuju Reformasi Zon di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena, Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Penjawat awam diminta melaksanakan satu anjakan yang signifikan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat. 

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, hal ini kerana, ada berlaku krisis kepercayaan dalam kalangan rakyat terhadap penjawat awam disebabkan beberapa peristiwa kurang baik yang terjadi akhir-akhir ini.

“Oleh itu, saya tidak mahu lagi ada rungutan kerana Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menekankan kepantasan kita sebagai penjawat awam untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Kita tidak boleh lagi selesa bekerja dengan cara lama.

“Selain itu, penambahbaikan elemen teknologi antaranya aplikasi digital boleh memudahkan urusan sekali gus mengurangkan risiko tidak puas hati rakyat terhadap perkhidmatan yang kami berikan.

“Sekiranya urusan-urusan berkaitan dapat dilaksanakan dalam bentuk digital, maka, budaya rasuah turut dapat dikekang memandangkan interaksi fizikal dapat diminimumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Bitara MADANI – Bicara Aspirasi H.E.M.A.T: Aspirasi Menuju Reformasi Zon di sini hari ini. 

Pada majlis yang sama, beliau turut meluncurkan buku H.E.M.A.T: Aspirasi Menuju Reformasi yang bakal dijadikan rujukan dalam memacu agenda reformasi perkhidmatan awam. 

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Dahlan berkata, sebagai persediaan memperkasa penjawat awam dalam era pendigitalan terutamanya kecerdasan buatan (AI), sekumpulan pegawai awam telah dihantar untuk menjalani kursus di China dan India selama enam bulan, baru-baru ini.

“Mereka berpeluang berlatih bersama pakar dari syarikat terkemuka iaitu ZTE (China) untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan teknologi terkini yang boleh diaplikasikan di tempat kerja.

“Apabila pulang nanti, mereka akan memainkan peranan sebagai tenaga pelatih dan membantu penjawat awam lain memperkasakan mutu perkhidmatan awam terutamanya penyampaian perkhidmatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya