Pengusaha pertanian di tanah kerajaan perlu buat permohonan LPS

Pengusaha pertanian di tanah kerajaan perlu buat permohonan LPS

JALALUDDIN Alias ditemui pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEREMBAN: Pihak yang mengusahakan tanah kerajaan untuk pertanian di negeri ini disaran agar membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) untuk mendapatkan lesen pendudukan sementara (LPS).

Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, jika perkara berkenan tidak dibuat maka mereka mesti bersedia untuk menerima sebarang tindakan penguatkuasaan daripada PTD.

“Itu sangat jelas, maknanya, win-win situation (situasi menang-menang), apabila mereka mengusahakan tanah orang, tanah kerajaan, mestilah bayar kembali kepada kerajaan. Tanah pun bukan jumlah besar, ada dua ekar, lapan ekar.

“Kalau tanah itu mempunyai kepentingan untuk perancangan masa depan kerajaan makanya kita tidak akan luluskan dan penguatkuasaan akan dilakukan,”katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini.

Jalaluddin menjelaskan, permohonan tersebut bagaimanapun tidak semestinya akan diluluskan.

“Kita akan tengok juga kalau tanah itu milik kerajaan tetapi tidak sesuai diberi LPS, maka tidak akan diluluskan dan penguatkuasaan akan dilakukan bermakna merek harus mengosongkan tanah yang diusahakan tersebut.

“Kalau dia tanam sendiri lebih lima hingga 10 tahun, kita beri lesen tetapi kalau orang lain tanam, yang mohon orang lain, kita tidak luluskan.

“Bagaimanapun apabila kita sudah beri kelulusan maka bayaran lesen LPS perlu dijelaskan kepada kerajaan negeri, itu konsep kita dan tindakan dibuat, LPS ini bukan pajakan,”katanya.

Ujarnya, bayaran kepada kerajaan negeri tersebut hendaklah bergantung kepada jumlah pokok yang ditanam.

“Kalau ada sejumlah 100 pokok durian dan 500 pokok sawit yang diusahakan ia hendaklah berdasarkan kepada jumlah tanaman ketika permohonan dibuat.

“Namun begitu, kalau pokok durian misalnya belum menampakkan hasil, kerajaan negeri sedia mempertimbangkan mengenakan caj minimum kepada permohonan ini. Dan apabila pokok sudah mengeluarkan hasil maka caj lesen akan akan berubah,”katanya.

Katanya, ketika ini PTD juga sedang melaksanakan pemutihan di mana-mana tanah yang dikenal pasti diusahakan pengusaha tanpa lesen.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya