Pengurus syarikat rugi RM2.6 juta ditipu pelaburan tidak wujud

Pengurus syarikat rugi RM2.6 juta ditipu pelaburan tidak wujud

Ridzokumura
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SHAH ALAM: Seorang pengurus syarikat swasta kerugian wang berjumlah RM2.65 juta selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud menerusi iklan di media sosial, baru-baru ini.

Kesemua wang mangsa tempatan berusia 54 itu dibuat menerusi 44 transaksi secara atas talian ke dalam akaun bank sindiket tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri menerima laporan kes penipuan itu di daerah ini.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati suspek memperdayakan mangsa melalui iklan di Facebook (FB) mengenai tawaran pelaburan ‘Baird.Com’.

“Mangsa kemudian berhubung menerusi panggilan telefon dengan seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘Wendy iaitu tenaga pengajar pelaburan itu.

“Selepas mengikutinya selama dua bulan, mangsa diminta mendaftar sebagai pelabur baharu di platform ‘Tpeusr.Com’ dan mendapat pulang awal berjumlah RM100,000,” katanya hari ini.

Menurut Hussein, mangsa yang bertambah yakin kemudian membuat transaksi secara berperingkat berjumlah RM2.65 juta ke sembilan akaun bank berbeza.

“Selepas semua transaksi itu dibuat, mangsa mendapati keuntungannya hampir RM8 juta namun perlu membayar pelbagai cukai jika mahu membuat pengeluaran.

“Mangsa kemudian berasa ditipu dan tampil membuat laporan polis bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

Tambah beliau, polis membuka kertas siasatan kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan sebarang tawaran pelaburan seumpama itu di media sosial. Ia termasuk aplikasi kewangan atau pelaburan yang tidak diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti (SC),” katanya.

Dalam pada itu, Hussein berkata, pihaknya turut menerima laporan di Sepang daripada seorang lelaki warga Jerman yang kerugian RM3 juta berkaitan kes penipuan dalam talian.

“Mangsa berusia 69 tahun itu menerima emel dan diminta suspek supaya membuat satu akaun bank bagi mendapatkan sejumlah wang.

“Namun, mangsa diminta membuat pembayaran cukai dan dia membuat 25 kali pindahan wang berjumlah RM3.08 juta ke dalam akaun bank yang diberikan suspek,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya