KOTA BHARU: Seorang pegawai penguat kuasa diahan reman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah sebanyak RM10,000 daripada keluarga mangsa kes rogol.
Perintah reman terhadap suspek yang berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.
Menurut sumber, lelaki itu ditahan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima aduan daripada pengadu bahawa suspek dipercayai meminta rasuah sebanyak RM10,000 daripada keluarga mangsa kes rogol.
Menurutnya, suspek ditahan di pejabatnya di Jeli dekat sini, petang semalam.
“Lelaki itu dipercayai meminta wang tersebut daripada pengadu sebagai balasan untuk menutup kes rogol melibatkan anak perempuan seorang wanita yang berlaku beberapa bulan lalu.
“Suspek dipercayai menerima sogokan untuk menutup kes berkenaan memandangkan wanita tersebut masih belum membuat laporan rasmi melibatkan kes rogol anaknya,” ujarnya. – UTUSAN
Habis