Penginapan pekerja syarikat keselamatan daif, jejas imej negara

Penginapan pekerja syarikat keselamatan daif, jejas imej negara

KAMAL Pardi menunjukkan papan lapis yang digunakan sebagai alas tidur pekerja di sebuah penginapan pekerja kawalan keselamatan di Plaza Mahkota, Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Keadaan daif sebuah penginapan pekerja milik sebuah syarikat kawalan keselamatan di Plaza Mahkota, Banda Hilir di sini bukan sahaja melanggar undang-undang, malah memberi imej buruk kepada negara.

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kamal Pardi berkata, pemeriksaan dilakukan terhadap asrama pekerja syarikat yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu mendapati, ia tidak mendapat perakuan JTK serta kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Majikan tidak memohon perakuan penginapan. Setiap satu kesalahan boleh dikenakan kompaun tidak melebihi RM50,000. Malah, kemudahan yang disediakan juga sangat tidak kondusif, katil dan tilam tidak sempurna, malah ada pekerja hanya tidur atas papan lapis, almari juga tidak disedia.

“Seramai 11 pekerja tinggal di premis ini dan lebih menyedihkan, ada pekerja terpaksa membeli sendiri tilam untuk tidur. Sudah tiga tahun premis itu dijadikan tempat tinggal, jelas menunjukkan pengabaian hak pekerja,” katanya selepas mengetuai Op Minimum yang menyasarkan pematuhan gaji minimum di sekitar Bandaraya Melaka, semalam.

Katanya, syarikat berkenaan turut berdepan tindakan kerana gagal membayar gaji minimum RM1,700 seperti yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955.

Tambah Kamal, pengabaian seperti iTU boleh menjejaskan imej Malaysia terutamanya dalam kalangan pekerja asing yang mungkin akan menyebarkan gambaran buruk tentang negara.

“Ini memalukan. Bila mereka pulang ke negara asal, mereka mungkin bawa cerita buruk mengenai layanan di sini.

“Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 menetapkan penginapan pekerja harus selesa dan mematuhi standard minimum. Ini penting agar pekerja dapat rehat yang cukup dan bekerja dengan lebih produktif,” ujarnya

Jelasnya, pada 2024 sebanyak 352 kertas siasatan telah dibuka dan sehingga Mac 2025, 104 lagi dibuka dengan jumlah denda melebihi RM2 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya