Penggunaan dron lancarkan penugasan TDM di Sungai Golok

Penggunaan dron lancarkan penugasan TDM di Sungai Golok

MUHAMMAD Hafizuddeain Jantan (tiga kanan) beramah mesra dengan anggota TDM selepas mengadakan lawatan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pos Tok O, Rantau Panjang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Penggunaan dron melancarkan penugasan Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi memastikan aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini berjaya dikekang sebaik mungkin menerusi Op Merpati.

Panglima TDM Jeneral Tan Sri Muhamad Hafizuddeain Jantan berkata, teknologi itu membolehkan pemantauan di kawasan sempadan yang sukar untuk dilalui oleh kenderaan termasuk motosikal dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Menurutnya, ia sekali gus membantu mengukuhkan lagi kawasan sempadan negara dari sebarang anasir tidak baik yang boleh menggugat keselamatan.

“Rondaan secara berkala secara fizikal menggunakan motosikal dan kenderaan di kawasan tanggungjawab tetap dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Ketika ini aktiviti penyeludupan di sempadan masih terkawal,” katanya kepada pemberita semasa sidang media selepas mengadakan lawatan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pos Tok O di sini hari ini.

Muhamad Hafizuddeain memberitahu, TDM langkah Polis Kelantan menutup pangkalan haram turut membantu mengurangkan aktiviti penyeludupan di Sungai Golok.

Katanya, TDM sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya