Pengguna nikotin semakin berkembang di ASEAN

Pengguna nikotin semakin berkembang di ASEAN

GAMBAR HIASAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kajian serantau yang dijalankan syarikat penyelidikan pengguna dan analisis data, Milieu Insight mendapati, penggunaan nikotin semakin meningkat di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Dalam laporan Cigarettes & Alternative Nicotine Delivery Products: Product Usage & Consumption Behavior Study in Southeast Asia itu menunjukkan, jumlah penggunaan produk nikotin alternatif dalam kalangan penduduk muda di rantau ASEAN berkembang sebanyak 44 dan 39 peratus di Singapura dan Vietnam.

Bagi Malaysia pula, kajian itu menunjukkan pengguna produk nikotin alternatif sebanyak 12.2 peratus manakala Filipina sebanyak 9.5 peratus dan Singapura 5.4 peratus, hampir separuh daripada jumlah perokok yang lazim di negara tersebut.

Tinjauan membabitkan lebih 18,000 orang dewasa yang cukup umur di sisi undang-undang, memberikan gambaran tentang trend penggunaan, pilihan perisa, saluran pembelian, dwipenggunaan, sebab penggunaan dan jangkaan penerimagunaan pada masa hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Milieu Insight, Gerald Ang, faktor utama yang mempengaruhi trend tersebut ialah kepelbagaian perisa, dengan perisa buah dan mentol menjadi pilihan utama pengguna dalam produk alternatif nikotin.

“Rokok elektronik dan produk tembakau dipanaskan yang `lebih murah’ juga merupakan faktor pendorong penting di sebalik penggunaan produk nikotin alternatif,” katanya dalam kenyataan.

Kata beliau, kemudahan akses memainkan peranan dalam trend ini kerana pengguna mempunyai pelbagai pilihan saluran pembelian, termasuk platform e-dagang.

Katanya, data menunjukkan golongan muda di bawah usia 35 tahun menyumbang kepada jumlah perokok yang lebih rendah tetapi jumlah yang lebih tinggi dalam penggunaan produk nikotin alternatif berbanding kumpulan umur yang lebih berusia.

“Kajian ini menyoroti majoriti pengguna rokok elektronik di rantau ini mula menggunakan produk berkenaan dalam tempoh dua tahun lalu”, ujarnya.

Dapatan kajian mendedahkan evolusi pesat dalam trend penggunaan nikotin di Asia Tenggara, dan masalah perdagangan haram yang semakin meruncing di rantau itu menyerlahkan keperluan dalam aspek penguatkuasaan yang lebih tegas, kerjasama rentas sempadan, perkongsian awam swasta dan penggubalan dasar lebih seimbang yang boleh mengurangkan aktiviti perdagangan haram di samping mencapai objektif fiskal dan kesihatan awam.

“Kajian ini memberikan gambaran kritikal menyeluruh kepada penggubal dasar dan sektor perniagaan dalam mengemudi landskap penggunaan nikotin yang semakin berkembang di ASEAN,” katanya.

Sementara itu, Menurut Pengarah Eksekutif Majlis Perniagaan EU-ASEAN, Chris Humphrey berkata, kewujudan pasaran rokok haram pada kadar 55 peratus di Malaysia wajar menjadi teladan.

“Hal ini berlaku ketika kerajaan mengenakan kenaikan cukai yang berlebihan secara tiba-tiba, ia memberikan kejutan harga kepada pengguna dan mendorong mereka kepada alternatif yang lebih murah dalam pasaran gelap.

“Di Malaysia, dengan 12.2 peratus daripada penduduk dewasa menggunakan produk nikotin alternatif, menyaksikan kerajaan mula melaksanakan kawal selia ke atas rokok elektronik secara berperingkat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya