Penganjur kelentong bagi cek tendang, Noraniza Idris trauma - Utusan Malaysia

Penganjur kelentong bagi cek tendang, Noraniza Idris trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Penyanyi, Noraniza Idris, trauma ditipu penganjur yang kononnya mahu menaja konsert berskala besar.

Noraniza, 57, kini mengambil langkah lebih berhati-hati untuk mempercayai sebarang individu memandangkan pernah menerima cek tendang daripada penaja tidak bertanggungjawab.

“Saya bukan sahaja serik, malah jadi trauma nak buat konsert sebab pernah dapat cek tendang daripada pihak penaja.

“Wakil syarikat itu pada awalnya memang bersungguh-sungguh mahu berkolaborasi, sekali gus berikan cek dahulu, tetapi malangnya itu cek tendang.

“Biarpun insiden itu sudah bertahun-tahun berlaku, saya masih ingat dan jadi takut nak buat konsert,” katanya.

Noraniza ditemui di sidang media Konsert Eh Raya 2025, di Summit USJ, pada Rabu.

Bagaimanapun peristiwa itu sudah lama berlalu, kini, ratu etnik kreatif negara itu lebih tenang dan lega sekiranya ada pihak yang mahu menyokongnya mengadakan konsert secara percuma.

Oleh itu, Noraniza yang mesra disapa sebagai Kak Ani gembira kerana dapat mengadakan
Konsert Eh Raya 2025 sekali gus yang bakal menampilkan seleksi lagu raya hit tanah air.

“Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, namun membawa penonton menyusuri pengalaman rumah terbuka Hari Raya dalam bentuk sketsa, tarian dan nyanyian.

“Idea mahu berkongsi konsert tanpa tiket berbayar ini muncul selepas saya pindahkan operasi Noraniza Idris Dance Academy (NIDA TARI) di Shah Alam dari Kuala Lumpur sejak Januari lalu dan menariknya banyak pihak tampil memberi sokongan.

‘Kami akan sajikan persembahan lagu raya penuh nostalgia seperti Rewang Raya dan Halal Bihalal diiringi lebih 60 penari Noraniza Idris Dance Academy (NIDA TARI) selain memasyarakatkan semula seni tradisional,” ujarnya.

Konsert yang dijangkakan dihadiri oleh kira-kira 5000 pengunjung itu akan diadakan di Summit USJ pada 26 April ini.

Acara lain yang bakal diadakan ialah Bengkel Zapin & Ronggeng Selangor, pertandingan tarian kreatif serta aktiviti budaya lain seperti Rewang Raya, Malam 7 Likur, Pagi 1 Syawal dan perarakan makanan warisan Bugis. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya