Penganggur edar dadah dipenjara 30 tahun, 12 sebatan - Utusan Malaysia

Penganggur edar dadah dipenjara 30 tahun, 12 sebatan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur dipenjara 30 tahun dan dikenakan 12 sebatan di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini kerana mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 175.1 gram, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman  itu terhadap Nik Mohd. Affendi Nik Mustafah, 34, pada keputusan di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 175.1 gram.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam laci papan pemuka sebuah kereta jenis Perodua Myvi di sebuah rumah di Kemaman, pukul 2.30 pagi pada 19 Mei 2022.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara terhadap tertuduh bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 19 Mei 2022.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd. Khairuddin Idris  manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Kamaruzzaman A Wahab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya