Penerbit Indonesia rebut hak penyiaran Bidaah

Penerbit Indonesia rebut hak penyiaran Bidaah

ERMA FATIMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Beberapa penerbit filem Indonesia dilaporkan berminat mendapatkan hak penyiaran serta tayangan drama Bidaah susulan kejayaannya sebagai naskhah paling popular di platform Viu Indonesia.

Penulis dan pengarahnya, Erma Fatima, 57, bagaimanapun berkata, pihaknya masih mempertimbangkan tawaran tersebut dan perlu berbincang dengan Viu Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan.

“Beberapa penerbit mahu adaptasi Bidaah menjadi filem di Indonesia, malah ramai juga minta musim kedua. Saya belum buat keputusan, masih pertimbang dan perlu berbincang dengan pihak Viu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bidaah mencatat 2.5 bilion tontonan di platform Viu, menjadikannya antara drama paling popular di Malaysia dan negara jiran itu.

Mengenai kejayaan luar biasa drama itu, Erma berkata, naskhah tersebut mencetuskan impak besar kerana mengetengahkan isu penunggang agama dan ajaran sesat yang turut berlaku di Indonesia.

Bidaah berkisar tentang seorang wanita terperangkap dalam ajaran sesat yang mengaku membawa kebenaran agama, tetapi sebenarnya menyalahgunakan agama untuk kepentingan peribadi. Ia turut menyentuh tentang manipulasi agama demi kuasa dan keuntungan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN