Penerbangan pertama jemaah haji 29 April

Penerbangan pertama jemaah haji 29 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbangan pertama yang membawa jemaah haji dari tanah air dijangka berlepas pada 29 April nanti.

Berdasarkan laman sesawang Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), untuk penerbangan terakhir pula dijangka 30 Mei dengan melibatkan lapan stesen berlepas ditetapkan bagi urusan jemaah haji ke Tanah Suci Mekah nanti.

Katanya, antara stesen yang terlibat termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Lapangan Antarabangsa Senai, Johor.

“Bagi sektor di Sabah dan Sarawak pula, jemaah haji akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah.

“Selain itu Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu; Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan akan menjadi stesen berlepas untuk jemaah haji nanti,” katanya.

Dalam musim haji siri sebelum ini, lebih 250 jemaah haji tiba di Madinah bagi penerbangan pertama dan disambut meriah petugas haji di sana.

Utusan Malaysia menjangkakan sebanyak 100 penerbangan untuk membawa keseluruhan jemaah haji pada tahun ini.

Bagi penerbangan pulang, jemaah haji kumpulan pertama dijangka berlepas pada 14 Jun, manakala untuk penerbangan pulang terakhir ialah 10 Julai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya