Pendidikan berterusan lepasan SPM bukan hanya di universiti - Utusan Malaysia

Pendidikan berterusan lepasan SPM bukan hanya di universiti

ZAMBRY Abdul Kadir bersama peserta Program Pelaksanaan Aktiviti Kursus Pendek Komuniti oleh Kolej Komuniti Chenderoh dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Tapah semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu berfikiran lebih luas dengan tidak menyasarkan universiti sebagai satu-satunya pilihan untuk menyambung pengajian.

Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, sistem dan struktur pendidikan hari ini telah berubah dan tidak tertakluk kepada menyambung pengajian di universiti semata-mata.

“Selama ini, pelajar (lepasan) SPM menganggap universiti satu-satunya laluan untuk mereka mencapai kejayaan dengan mengikuti bidang-bidang tertentu sehingga memperoleh ijazah.

“Sistem pendidikan, struktur pendidikan pada hari ini sudah berubah. Ia bukan tertakluk kepada universiti sahaja,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program Pelaksanaan Aktiviti Kursus Pendek Komuniti oleh Kolej Komuniti Chenderoh dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini semalam.

Zambry berkata, pelajar boleh menceburi bidang teknikal yang ditawarkan oleh kolej komuniti, politeknik atau Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan kementerian.

Tambah beliau, lepasan kolej komuniti, politeknik dan lepasan TVET boleh menyambung pengajian lebih tinggi di universiti pada masa depan.

“Ini merupakan proses pembelajaran berterusan dari sekolah menengah sehingga ke universiti,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya