Pencapaian SPM 2024 Perak meningkat, 937 calon dapat semua A - Utusan Malaysia

Pencapaian SPM 2024 Perak meningkat, 937 calon dapat semua A

SAFUAN Raba’ai (kiri) menunjukkan analisis keputusan SPM 2024 di Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak merekodkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 lebih baik dengan Gred Purata Negeri (GPN) 4.63 berbanding 4.75 pada tahun 2023.

Pengarah Pendidikan Perak, Safuan Raba’ai berkata, seramai 937 calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 772 calon tahun sebelumnya.

“Tahun ini peratusan calon yang layak menerima sijil SPM adalah 93.86 peratus iaitu 25,774 orang, meningkat 1.31 peratus jika dibandingkan pada 2023 yang merekodkan 25,227 calon (92.55 peratus),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman analisis keputusan SPM 2024 negeri Perak di Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak di sini hari ini.

Seramai 27,459 pelajar menduduki peperiksaan SPM 2024 di 323 pusat peperiksaan yang dibuka di seluruh negeri bermula 2 Disember hingga 6 Februari lalu.

Safuan berkata, daripada jumlah itu seramai 560 calon merupakan pelajar Orang Asli dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawong di Kampung Orang Asli Bawong, Sungai Siput merekodkan keputusan 100 peratus lulus.

“Pencapaian SPM 2024 antara bandar dan luar bandar dengan jurang pencapaian calon 0.01 mata iaitu GPN calon bandar adalah 4.63 berbanding 4.64 bagi calon luar bandar.

“Peningkatan ini adalah hasil beberapa inisiatif yang digerakkan JPN bersama kerajaan negeri antaranya melalui program Program Tuisyen Cikgu Saarani, Program Jelajah Nyalaan Bara Api 2024 dan Program YP Smart Target A+,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya