Pemuda UMNO Terengganu nafi mahu buat laporan polis terhadap Presiden Pas

Pemuda UMNO Terengganu nafi mahu buat laporan polis terhadap Presiden Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu menafikan mengeluarkan kenyataan kononnya mahu membuat laporan polis terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ketuanya, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, sebaliknya kenyataan yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Gema Biru’ itu tidak benar dan fitnah yang menggunakan namanya.

“Saya sangat berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Facebook membatalkan akaun Gema Biru kerana ia adalah akaun palsu, kononnya mewakili Barisan Nasional (BN) dan UMNO Terengganu.

“Akaun Facebook Gema Biru itu jelas dari pihak musuh yang tidak bertanggungjawab dan telah memporak-perandakan ketenteraman awam.  Fitnah dan poster memaparkan gambar saya ini telah berkali-kali digunakan oleh Gema Biru bagi menjayakan agenda politik mereka,” katanya hari ini.

Semalam, akaun Facebook tersebut memaparkan poster kononnya Tengku Haphiz tidak berpuas hati dengan Abdul Hadi berkaitan kenyataan ‘mengundi lebih utama dari haji dan umrah’ sedangkan perkara tersebut tidak benar. – UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya