Pembangunan ekonomi perlu digandingkan seni, budaya 

Pembangunan ekonomi perlu digandingkan memartabatkan seni, budaya 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemerkasaan ekonomi tidak memadai tanpa sokongan seni dan budaya yang menjadi teras pembangunan tamadun negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangunan ekonomi yang pesat perlu digandingkan dengan usaha memartabatkan bidang seni agar ia memberi makna kepada seluruh lapisan masyarakat.

Katanya, pertumbuhan ekonomi semata-mata tidak akan sempurna sekiranya elemen seni dan budaya diketepikan dalam proses pembentukan negara bangsa.

“Yang menentukan keutuhan sebuah negara bukan sahaja kestabilan politik dan kekuatan ekonomi, tetapi juga pemerkasaan seni dan budaya.

“Apabila terlalu ghairah menumpukan perhatian kepada ekonomi, kita sering alpa bahawa pembangunan tamadun akan tempang tanpa seni dan budaya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku Ismail Zain Intermediations: Selected Writing on Art and Aesthetics di Balai Seni Negara di sini, hari ini.

Anwar berkata, kerajaan akan terus memperkukuh peranan institusi seni negara bagi memastikan setiap hasil karya dapat dinikmati dan difahami oleh rakyat.

Katanya, penglibatan sasterawan, seniman dan institusi seperti Balai Seni Negara amat penting dalam memberi kefahaman serta pencerahan kepada semua lapisan masyarakat.

“Dalam memenuhi cabaran, seni perlu menjadi medium untuk memberi pendedahan kepada rakyat mengenai warisan dan perubahan yang sedang berlaku.

“Negara harus memajukan keseluruhan kekuatan termasuk daya cipta, ihsan dan amanah sebagai asas pembangunan yang seimbang dan menyeluruh,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya