Pemandu wanita tidak mengaku cuba bunuh penuntut UiTM

Pemandu wanita tidak mengaku cuba bunuh penuntut UiTM

NORIZAN Ismail (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu atas pertuduhan cubaan membunuh sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu, Oktober tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Oktober tahun lalu.

Norizan Ismail, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan perbuatan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 21, di Jalan Pantai  berhadapan UiTM Dungun, Dungun, pukul 7.35 malam pada 9 Oktober 2024.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan jika perbuatan itu menyebabkan cedera, boleh dipenjara hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 20 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Pada 2 Mac lalu, ibu kepada tiga anak itu mengaku tidak bersalah  di Mahkamah Tinggi  sama atas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh tiga penuntut UiTM.

Akhbar sebelum ini melaporkan dalam kemalangan itu, tiga penuntut UiTM Dungun yang maut ialah Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun serta Muhammad Akmal Md Tukirin, 25. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya